Pelawat






![]() | Today | 44 |
![]() | Yesterday | 20 |
![]() | This week | 44 |
![]() | Last week | 91 |
![]() | This month | 135 |
![]() | Last month | 1702 |
![]() | All | 29322 |
Your IP: 38.107.191.118
,
Now: 2010-09-05 17:47
| Subuh.. Kena Bangun Awal |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Tuesday, 07 July 2009 15:38 |
|
Assalammualaikum, Saya cuba menterjemahkan soal jawab agama yang terdapat di www.islamlight.net yang isi kandungannya berbahasa Arab namun pada perkiraan saya amat penting untuk diteliti. Berikut ialah soalan dan jawapan yang saya petik dan terjemahkan: Soalan: Assalammualaikum, Wahai guru kami, saya seorang manusia yang takut kepada Allah akan tetapi saya mempunyai satu masalah besar dalam menunaikan solat subuh.(sering gagal bangun subuh) Jawapan oleh Dr Khalid bin Ali al-Masyikah الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين وبعد Tidak syak lagi bahawa meninggalkan solat subuh merupakan maksiat dan lalai dari melaksanakannya merupakan perkara yang amat berbahaya terutama sekali andai sampai terluput solat subuh sehingga terkeluar dari waktunya. Ini bermakna, solat tersebut telah terkeluar dari syarat-syarat sah sembahyang yang telah ditetapkan. Maka wajib keatasnya (penanya soalan) untuk merasakan didalam dirinya perasaan takut kepada Allah. Dan bagi menunjukkan betapa pentingnya solat ini, Nabi S.A.W telah bersabda: “Barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah seolah-olah dia telah sembahyang sepanjang malam” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim Bersabda Nabi S.A.W dalam hadis yang lain: “Solat yang paling berat bagi para munafiqin ialah solat isyak dan solat subuh walaupun mereka mengetahui apa yang terkandung dalam keduanya...” Dan bagi sesiapa yang mengadu bahawa sukar baginya untuk bangkit menunaikan solat subuh pula, maka mahu tidak mahu dia mesti mencari faktor yang boleh membantunya untuk bangun bagi solat ini dan seterusnya menunaikan solat subuh pada waktunya bersama jemaah muslimin di masjid. Antara faktor utama yang boleh membantu ialah bertawakal kepada Allah Taala dan menyandarkan hati kepadaNya untuk bangun menunaikan solat subuh. Seterusnya berdoa sebanyak mungkin agar diberi taufik untuk bangun subuh dan memeliharanya. Selain itu, perlulah orang yang mempunyai masalah ini untuk tidur awal kerana dilaporkan bahawa Nabi S.A.W tidak suka tidur sebelum menunaikan isyak dan tidak bersembang-sembang selepasnya. (Nota dari saya: Banyak sekali hadis nabi yang menceritakan behawa Nabi tidur diawal waktu malam, yang mana pada hari ini sunnah tidur awal ini sukar untuk kita laksanakan) Selain itu juga, hendak dia menjaga zikir-zikir sebelum solat agar sentiasa dibaca. Tambahan kepada itu, Hendaklah dia berpesan kepada ahli keluarganya yang lain atau sesiapa sahaja agar menggerakkannya untuk bangun subuh. Boleh juga baginya untuk mendapatkan rakan-rakan yang boleh membantunya untuk menghadirkan diri menunaikan solat subuh berjemaah bersama jemaah muslimin. Mereka boleh mengajaknya dan mendatanginya sehingga ke pintu sekiranya dia masih tidak bangun tidur. Sebagai membantu perkara tersebut letakkan alat penggera seperti jam. والله ولي التوفيق
Tanda sebagai kegemaran
Hits: 686 Komen (0)
![]() Tulis komen.
|
| Last Updated on Tuesday, 07 July 2009 15:45 |


















