forex trading logo

Buat Duit Online

 

 

Lelong.Com.My

Video Panduan Lelong

Jom Join Contest

Home Artikel Jihad Ekonomi Artikel Blogweb2u.Com Pengalaman Import Barangan Dari China
Video Panduan eBay
Pengalaman Import Barangan Dari China PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 27 June 2010 16:33
Pakej Import Dari ChinaApabila bercakap tentang Negara “China” tiada siapa yang boleh nafikan bahawa Negara ini merupakan kuasa ekonomi dunia yang baru. Lihat sahajalah produk yang ada disekeliling anda pasti ada yang tertera “made in China” hatta produk elektronik seperti acer,HP,sony dan sebagainya pun mengilangkannya di China.

Kenapa ye, semuanya dikilangkan di China? Apalagi kalau bukan sebab harga kos dan harga buruh yang ditawarkan disana murah! Atau dalam bahasa tepatnya amat murah! Kerana itulah sekiranya anda peniaga dan tidak melihat peluang meraih keuntungan dengan mengimport barangan dari China anda amat rugi..

Bercakap tentang pengalaman saya mengimport barangan dari China dan Taiwan yang mungkin boleh dikongsi sebagai sempadan dan teladan untuk mereka yang berminat untuk berniaga mencari keuntungan lebih. Segalanya bermula pada bulan empat  2009 dimana saya telah memulakan langkah pertama mencari barangan untuk dijual secara online di laman web sayawww.abinajwan.com disamping saya menulis bahan makalah dakwah untuk tatapan umum.

Perancangan awal saya ialah untuk mecari produk komputer melalui internet yang menjual secara borong dan murah di Malaysia. Penat saya mencari tetapi saya tidak ketemu.. kebanyakannya memerlukan anda mempunyai sebuah syarikat terlebih dahulu untuk mendapat harga borong. Sesetengahnya pula buat tak layan je apabila saya call..

Disaat hati saya mula kecewa, saya bertemu dengan sebuah laman web iaitu alibaba.com . Alangkah terujanya saya apabila mendapati laman web ini mengiklankan ribuan pengilang dan pemborong dari China yang sentiasa bersedia melayan anda sebagai pelanggan.

Hati saya mula berbunga kembali.. satu persatu syarikat komputer dari China saya hubungi melalui email dan ruangan chatting. (Hehe.. saya teringat waktu tu isteri marah dek jeles ingat saya chatting saja2). Alhamdulillah semuanya memberikan reaksi yang positif malah harga yang diberikan amat berpatutan malah ada yang terlampau perpatutan (kerana ingin menipu).

Antara harga barangan dari China yang mengiurkan saya ialah RAM laptop yang hanya berharga lebih kurang  RM50 sedangkan harga pasaran di Malaysia ialah RM140. Nah.. berapa kali ganda untung yang saya boleh dapat..

Kini saya dah tekad.. saya akan import barang dari China dan saya akan beli secara online. Tetapi sebelum itu saya perlu  membuat kajian sedikit tentang risiko beli barangan dari China dan bagaimana cara membelinya. Untuk membelinya tidaklah susah anda boleh transfer duit ke akaun mereka. Saya hanya gunakan maybank2u.com, didalamnya ada perkhidmatan yang ditawarkan untuk memindahkan duit ke bank antarabangsa.  

Jadi membeli bukanlah masalahnya. Masalahnya ialah untuk mengelak dari ditipu. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ada sesetengah syarikat sebenarnya tidak wujud dan ada pula yang wujud tetapi namanya telah dimanipulasi oleh orang lain dalam Alibaba.Com.

Pernah saya dihubungi oleh 2 orang yang berlainan dari satu company China yang sama. Kedua-duanya memberikan sebut harga RAM tetapi kedua-duanya menawarkan harga yang berbeza. Lebih aneh lagi mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Bukan sekali saya cuba ditipu.. ada saler syarikat yang bermula dengan tawaran-tawaran yang menarik namun apabila saya bertanyakan tentang spesifikasi RAM yang dijual, mereka mula merepek.. malah bila diminta untuk upload gambar RAM yang mereka jual seperti spesifikasi yang saya minta mereka uploadkan gambar RAM yang lain.

Namun atas dasar ingin mencuba, saya beli juga dari sebuah syarikat RAM dari Hongkong yang mendakwa menjual RAM syarikat mereka sendiri  yang berjenama RAMBO. Setelah membuat pembayaran hati saya mula berdebar takut-takut kena tipu. Masa nak beli tak fikir dah beli baru takut hehe..

Akhirnya setelah 2 minggu sampai juga barang yang saya minta.. Akan tetapi saya SUDAH KENA TIPU.. RAM yang sampai tidak seperti yang saya harapkan. Mereka kata itu RAM sendiri tetapi jenama yang tertulis ialah “Hynix” bukan “RAMBO”. Lebih malang lagi RAM-RAM tersebut tidak boleh diguna atau dalam erti kata lain ROSAK.

Pendek cerita, saya tidak patah semangat saya mencuba lagi dengan syarikat lain. Saya bersyukur kehadrat Allah kerana percubaan kali kedua saya Berjaya. Kali ini saya telah menemukan syarikat dari Malaysia  yang mengambil mengimport ram terus dari Taiwan. Akan tetapi syarikat ini hanya menjual RAM dengan harga yang murah tetapi tidak bagi produknya yang lain.

Kesemua RAM tersebut telah Berjaya saya jual.. Alhamdulillah. Mungkin kerana itulah untuk meneruskan aktiviti mengimport barangan dari China saya agak gusar kerana takut ditipu lagi. Ini semua adalah kerana bekalan ilmu yang tidak mencukupi serta pengetahuan yang tidak cukup tentang cara yang benar untuk mengimport barangan dari China.

Namun baru-baru ini saya telah tertarik dengan sebuah pakej Ebook dan video tutorial yang dikarang oleh saudara “Eruwan Gerry” bertajuk “Import dari China”. Saudara Eruwan ialah seorang usahawan online terkenal di Malaysia. Beliau telah menjana pendapatan yang lumayan melalui lelong.com.my dan ebay. Menurut beliau barangan yang dijual adalah diimport dari China.

Didalam buku tersebut beliau menurunkan ilmu beliau tentang cara yang betul untuk mengimport barangan dari China. Malah beliau mendedahkan beberapa laman web yang menyenaraikan maklumat pembekal. Lebih menguntungkan pengendali laman web tersebut juga telah melakukan saringan bagi memastikan syarikat pembekal itu adalah yang boleh dipercayai. Jika anda berminat membeli produk dari China tanpa perlu anda melangkah kesana saya rasa buku ini adalah untuk anda. Tulisan dan Video yang dihasilkan oleh Saudara Eruwan Gerry mungkin boleh menyelamatkan anda dari menerima nasib yang sama seperti saya.

Jika anda berminat membeli bukunya setelah membaca artikel saya, disini saya sediakan pautannya Sila klik disini(Import Dari China)

 

Pakej Import Dari China

 

Komen (2)Add Comment
...
Dikomen oleh Fakeh Khalifah Saka, July 15, 2010
KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0
...
Dikomen oleh Nabil Majdi, July 16, 2010
Terima kasih atas info...
report abuse
vote down
vote up
Undian: +0

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

busy
Last Updated on Tuesday, 20 July 2010 10:03
 

Pengumuman Penting

Ruangan Iklan

Sesiapa yang ingin tampal iklan disini boleh email saya terus di muslih_iman82@yahoo.com. Tampal iklan adalah percuma! Asalkan perniagaan itu tidak bercanggah dengan syarak

Terbaru di Abinajwan.com

Bagi memadatkan lagi abinajwan .com dengan pelbagai ilmu. Kami telah membuka ruangan "Artikel Jihad Ekonomi" yang berkisar tentang bisnes dari laman-laman web bisnes saya dan isteri di blogweb2u.com dan inspirasihana.com

Promosi Ebook

Pakej Import Dari China

Sembang-Sembang




Redesign by BlogWeb2u.Com!.