|
Sinaran Cahaya Dari Rasul Siri 1 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 24 January 2010 15:39 |
|
Latar Belakang Buku: Buku ini dikarang oleh Muhammad Qutb adinda Syed Qutb. Buku ini dihasilkan sebagai satu usaha beliau untuk memartabatkan Rasullullah S.A.W sebagai contoh teladan bukan sekadar untuk dicintai tetapi tidak beramal dengan amalan mulia Rasulullah S.A.W. Beliau memilih beberapa hadis yang pada pandangan beliau amat berguna dalam menghadapi realiti umat masa kini yang kian parah dengan pelbagai masalah social. Pemilihan hadis-hadis beliau bukanlah atas kajian tetapi lebih kepada lintasan fikiran yang tercetus dari kecintaannya untuk membantu ummah. Hadis Pertama: Bekerjalah! Walaupun Kiamat Seketika Nanti إن قامت الساعة وبيد أحدكم فسيلة، فاستطاع ألا تقوم حتى يغرسها، فله بذلك أجر (Sekiranya berlaku kiamat sedangkan ditangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya , dengan itu dia mendapat pahala) Alangkah anehnya hadis ini apabila menyuruh manusia menanam benih tamar sedangkan lagi sebentar akan kiamat. Mengapa Nabi S.A.W tidak menyuruh kita untuk beribadat memohon keampunan kepada Allah kerana kiamat sudah hampir tiba. Mengapa perlu dipedulikan benih tamar yang sepastinya tidak akan berbuah kerana semuanya akan musnah sekiranya kiamat sudah menjelma. |
|
Last Updated on Sunday, 24 January 2010 15:56 |
|
Read more...
|
|
|
Ingin Duit Sampingan .. Mengapa Tidak Jana Duit Online |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 14 August 2010 07:09 |
|

Info Jihad Ekonomi: Assalammualaikum,Bila bercakap pasal duit sampingan,terlintas difikiran saya kisah menyayatkan hati yang terjadi pada tahun 2008 di Petronas di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak. Seorang Ustaz juga seorang suami dan seorang ayah terkorban dalam suatu kejadian rompakan ketika beliau sedang bekerja mencari duit sampingan di Petronas tersebut. Walaupun saya tidak mengenali beliau, namun berdasarkan cerita bapa saudara saya yang merupakan rakan kepada ustaz tersebut. Saya mengetahui beliau merupakan seorang yang baik dan alim. Moga-moga Allah memberkatinya. Kepada yang lain.. yang mungkin sedang mencari kerja part time untuk menjana duit sampingan mungkin saya boleh berikan alternatif kepada anda. Apa salahnya kita berkongsi maklumat agar semua orang dapat menjana duit sampingan dengan cara yang mudah agar peristiwa yang saya ceritakan tidak berulang.. |
|
Last Updated on Saturday, 14 August 2010 07:49 |
|
Read more...
|
|
Psikologi Menghadapi Kematian |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 28 July 2009 15:09 |
|
Seorang psikiatrist bernama Elisabeth Kubler-Ross telah menemuramah lebih daripada 200 orang dari pelbagai umur yang berhadapan dengan risiko kematian disebabkan penyakit untuk memahami psiklologi kematian. Hasil daripada temuramah tersebut beliau telah mendapati terdapat 5 peringkat reaksi manusia terhadap kematian. Pada peringkat awal apabila manusia mengetahui dirinya akan mati maka menurut Elisabeth, manusia akan cuba menafikan hakikat bahawa dia diambang kematian. Pelbagai tanggapan akan dibuat bagi menidakkan usianya yang kian menghampiri ke penghujungnya. Dalam peringkat ini manusia akan cuba untuk memanjangkan usianya dengan pelbagai cara alternatif yang ada. Reaksi penafian terhadap kedatangan maut bukanlah suatu isu baru terhadap mereka yang tidak bersedia menghadapi kematian. Malah ketakutan terhadap maut telah menyebabkan mereka masuk ke peringkat kedua iaitu timbulnya perasaan “marah”. Pada tahap ini manusia sudah dapat menerima hakikat bahawa dirinya hanya mampu hidup untuk waktu yang kian suntuk dan mereka menunjukkan rasa cemburu terhadap yang
|
|
Last Updated on Tuesday, 28 July 2009 15:13 |
|
Read more...
|
|
|
Cara Mengahadapi Pemimpin Zalim Mengikut Sunnah: Jawapan Saya |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 06 July 2011 15:37 |
|
Assalammualaikum, apabila isu perhimpunan "BERSIH" kian hangat diperkatakan di media elektronik saya bertemu dengan komen pembaca di Malaysiakini.com dengan tajuk "Cara Menghadapi Pemimpin Zalim Mengikut Sunnah".Lantas saya terpanggil untuk memberi reaksi balas. Berikut ialah jawapan saya di ruangan komentar Malaysiakini.com:
Pememimpin wajib ditaati oleh rakyat namun ketaatan padanya bersayarat dan syaratnya adalah ketaatannya kepada Allah. Keseluruhan hadis yang dinyatakan oleh Rasyid arraz sebenarnya belum memberikan kita kefahaman yang menyeluruh tentang bagaimana menghadapi pemimpin yang zalim. |
|
Last Updated on Wednesday, 06 July 2011 15:49 |
|
Read more...
|
|
Penghapusan Etnik Islam di China |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 18 July 2009 17:45 |
Rentetan peristiwa penganiayaan terhadap umat Islam berterusan lagi kali ini di China, diserata dunia umat Islam dilayan bagai golongan kelas kedua bahkan sesetengahnya melayan kita umat islam seperti binatang yang semudah-mudahnya untuk dibunuh dan disembelih. Tidak cukup peristiwa di Palestin, Iraq, Afghanistan, Guantanamo, Kashmir,Tak Bai kini wilayah Xiangjiang,China yang didiami oleh penduduk Islam Uighyur pula bergolak. Peristiwa berdarah yang meragut nyawa seramai 156 orang awam Etnik Uighyur yang menetap xiangjiang merupakan etnik pribumi tanah xiangjiang sebelum dijajah oleh China pada tahun 1946. Dahulunya Xiangjiang dikenali sebagai Uyghurstan yang didiami oleh oleh kaum majoriti etnik uighyur sebelum mereka menjadi minoriti di tempat mereka sendiri dengan kemasukan warga cina dari suku kaum Han beramai-ramai. Kemasukan etnik Han secara beramai-ramai dilihat sebagai usaha untuk menyisihkan kaum uighyur ditanah mereka sendiri. Sudah dasar penjajah, tidak ingin melihat bangsa peribumi mencabar autonomi mereka. Begitulah hakikatnya, sebuah Negara Islam yang telah |
|
Last Updated on Saturday, 18 July 2009 17:48 |
|
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 2 |