|
Sinaran Cahaya Dari Rasul Siri 1 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 24 January 2010 15:39 |
|
Latar Belakang Buku: Buku ini dikarang oleh Muhammad Qutb adinda Syed Qutb. Buku ini dihasilkan sebagai satu usaha beliau untuk memartabatkan Rasullullah S.A.W sebagai contoh teladan bukan sekadar untuk dicintai tetapi tidak beramal dengan amalan mulia Rasulullah S.A.W. Beliau memilih beberapa hadis yang pada pandangan beliau amat berguna dalam menghadapi realiti umat masa kini yang kian parah dengan pelbagai masalah social. Pemilihan hadis-hadis beliau bukanlah atas kajian tetapi lebih kepada lintasan fikiran yang tercetus dari kecintaannya untuk membantu ummah. Hadis Pertama: Bekerjalah! Walaupun Kiamat Seketika Nanti إن قامت الساعة وبيد أحدكم فسيلة، فاستطاع ألا تقوم حتى يغرسها، فله بذلك أجر (Sekiranya berlaku kiamat sedangkan ditangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya , dengan itu dia mendapat pahala) Alangkah anehnya hadis ini apabila menyuruh manusia menanam benih tamar sedangkan lagi sebentar akan kiamat. Mengapa Nabi S.A.W tidak menyuruh kita untuk beribadat memohon keampunan kepada Allah kerana kiamat sudah hampir tiba. Mengapa perlu dipedulikan benih tamar yang sepastinya tidak akan berbuah kerana semuanya akan musnah sekiranya kiamat sudah menjelma. |
|
Last Updated on Sunday, 24 January 2010 15:56 |
|
|
Psikologi Menghadapi Kematian |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 28 July 2009 15:09 |
|
Seorang psikiatrist bernama Elisabeth Kubler-Ross telah menemuramah lebih daripada 200 orang dari pelbagai umur yang berhadapan dengan risiko kematian disebabkan penyakit untuk memahami psiklologi kematian. Hasil daripada temuramah tersebut beliau telah mendapati terdapat 5 peringkat reaksi manusia terhadap kematian. Pada peringkat awal apabila manusia mengetahui dirinya akan mati maka menurut Elisabeth, manusia akan cuba menafikan hakikat bahawa dia diambang kematian. Pelbagai tanggapan akan dibuat bagi menidakkan usianya yang kian menghampiri ke penghujungnya. Dalam peringkat ini manusia akan cuba untuk memanjangkan usianya dengan pelbagai cara alternatif yang ada. Reaksi penafian terhadap kedatangan maut bukanlah suatu isu baru terhadap mereka yang tidak bersedia menghadapi kematian. Malah ketakutan terhadap maut telah menyebabkan mereka masuk ke peringkat kedua iaitu timbulnya perasaan “marah”. Pada tahap ini manusia sudah dapat menerima hakikat bahawa dirinya hanya mampu hidup untuk waktu yang kian suntuk dan mereka menunjukkan rasa cemburu terhadap yang
|
|
Last Updated on Tuesday, 28 July 2009 15:13 |
|
Penghapusan Etnik Islam di China |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 18 July 2009 17:45 |
Rentetan peristiwa penganiayaan terhadap umat Islam berterusan lagi kali ini di China, diserata dunia umat Islam dilayan bagai golongan kelas kedua bahkan sesetengahnya melayan kita umat islam seperti binatang yang semudah-mudahnya untuk dibunuh dan disembelih. Tidak cukup peristiwa di Palestin, Iraq, Afghanistan, Guantanamo, Kashmir,Tak Bai kini wilayah Xiangjiang,China yang didiami oleh penduduk Islam Uighyur pula bergolak. Peristiwa berdarah yang meragut nyawa seramai 156 orang awam Etnik Uighyur yang menetap xiangjiang merupakan etnik pribumi tanah xiangjiang sebelum dijajah oleh China pada tahun 1946. Dahulunya Xiangjiang dikenali sebagai Uyghurstan yang didiami oleh oleh kaum majoriti etnik uighyur sebelum mereka menjadi minoriti di tempat mereka sendiri dengan kemasukan warga cina dari suku kaum Han beramai-ramai. Kemasukan etnik Han secara beramai-ramai dilihat sebagai usaha untuk menyisihkan kaum uighyur ditanah mereka sendiri. Sudah dasar penjajah, tidak ingin melihat bangsa peribumi mencabar autonomi mereka. Begitulah hakikatnya, sebuah Negara Islam yang telah |
|
Last Updated on Saturday, 18 July 2009 17:48 |
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 07 July 2009 15:38 |
|
 Assalammualaikum, Saya cuba menterjemahkan soal jawab agama yang terdapat di www.islamlight.net yang isi kandungannya berbahasa Arab namun pada perkiraan saya amat penting untuk diteliti. Berikut ialah soalan dan jawapan yang saya petik dan terjemahkan: Soalan: Assalammualaikum, Wahai guru kami, saya seorang manusia yang takut kepada Allah akan tetapi saya mempunyai satu masalah besar dalam menunaikan solat subuh.(sering gagal bangun subuh) Jawapan oleh Dr Khalid bin Ali al-Masyikah |
|
Last Updated on Tuesday, 07 July 2009 15:45 |
|
Majlis Raja-Raja Mempertahankan Islam |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 30 June 2009 17:15 |
|
Terima Kasih Majlis Raja-Raja... Hari ini dalam perjalanan, saya mendengar dari corong radio kereta saya, berita bahawa Majlis Raja-Raja telah bersidang dan menangguhkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan penukaran agama dan undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang mencetuskan kontroversi kerana bercanggah dengan hukum syarak. Ini berikutan keputusan Kabinet pada 22 April yang lalu yang memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama. Keputusan ini telah membelakangkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan hukum syarak yang telah menetapkan bahawa anak harus diserahkan kepada bapa atau ibu atau yang mana satu yang memeluk Islam demi menjaga aqidah anak tersebut. Sewajarnya keputusan tersebut perlu dinilai kembali oleh ahli kabinet yang secara umumnya adalah orang Islam dan tentu sahaja mengerti kepentingan untuk menyelarikan keputusan mereka dengan kepentingan Islam. Apatah lagi beberapa Mufti |
|
Last Updated on Tuesday, 30 June 2009 17:23 |
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 6 |